ketawa DAN senyum

KhAiBaR-KhAiBaR yA Ya HuD... jAisyU MUHAMMAD SaUfA yAuD..Apabila Seseorang Itu Sudah Menjadi Kekasih ALLAH,Nescaya Dia Akan Mendapat Pertolongan Dan Penjagaan Daripada ALLAH..n____n
Photobucket

Thursday 18 August 2011

Wahai Adam Pemimpin & Hawa Yang Dipimpin demi ﷲ

Sebelum Engkau Halal Bagiku
Yaa Rabbi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

Wahai adam,Hawa itu tercipta indah dari rusukmu,Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu,Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia,Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang

Wanita akal senipis rambutnya,Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,Masih mencari walau ada segalanya,Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok ,Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok,menghasilkan bayang yang lurus

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,Didiklah mereka dengan panduan darinya,Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,kerana nantinya mereka semakin liar,Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal,Di situlah punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu,Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya,Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan,Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan,Tanpa iman,ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok,Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya
Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tapi binalah kepimpinan,Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah,Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra',Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah,Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!

Lindungilah hawa itu.Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu,Lunakkan telingamu dan ajarinya dengan nafas alunan suci Al-Quran....

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,di mana segala kesusahan,kesakitan,kesedihan,kerinduan,kegelisahan yang dihadapi dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Wahai lelaki...wahai adam,Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya,Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya,Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu,Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan
Ingatlah wahai lelaki..

Wahai lelaki yang punya peranan besar,Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dengan baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..

Moga dia menunggumu di SYURGA SEBGAGAI BIDADARIMU . . .

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

No comments:

Post a Comment